1) Kerajaan Funan
Kerajaan
Funan merupakan kerajaan melayu tertua di Semenanjung Indochina dan muncul pada
abad pertama Masehi. Pusat kerajaannya terletak dibahagian hilir dan di delta
Sungai Mekong yang meluas ke Annam Tengah (Hue) dan di sebahagian besar Lembah
Menam dan bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Menurut sumber Cina, ibu
kotanya bernama Vydhpura. ibu kota Funan ini mempunyai rumah bertiang dan
mempunyai saluran air yang luasnya 200 km dan dibina oleh jurubina mahir zaman itu.
Pemerintah
pertama adalah daripada Dinasti Kaundinya pada abad pertama Masihi dan raja
paling agung bernama Jayavarman.Penduduknya merupakan petani yang bercucuk
tanam secara primitif dan mereka pandai mengukir berhala. Mereka mempunyai
buku-buku dan arkib-arkib. Perkakas memasak diperbuat daripada perak. Cukai
pula dibayar menggunakan emas, perak, mutiara dan minyak wangi.
Kegemilangan
kerajaan Funan berakhir apabila negara itu telah diserang oleh Chenla. Funan
mempunyai hubungan dengan negeri China. Tradisi-tradisi Funan seperti pemujaan
gunung dan puteri Naga diikuti oleh orang-orang Khmer. Corak seni binanya masih
kekal dalam beberapa bangunan Kemboja seperti ukiran patung-patung dewa Hindu.
2) Kerajaan Kataha (Kedah Tua)
Sumber dari China dan India
telah mempunyai catatan tentang Kedah Tua (Chieh-cha/Kataha) yang terletak
dilembah bujang. Ianya berkembang antara abad kelima hingga ke-13 Masihi dan elah menjadi pelabuhan entreport
sejak abad ke-5 masihi lagi.Pusat pentadbiran Kedah Tua terletak di Sungai Mas
(abad ke-5 hingga ke-11), dan menganut agama Buddha, kemudian berpindah ke
Lembah Bujang (abad ke-11 hingga ke-13M) dan menganut pula agama Hindu. Kedah
Tua diserang oleh kerajaan Chola pada tahun1025 yang bertujuan memonopoli
kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu.
Artifaks dari Lembah Bujang
membuktikan bahawa Kedah Tua adalah sebuah pelabuhan entreport pada bad ke-9
hingga ke-13. artifaks itu berupa serpihan tembikar, manik-manik yang dikatakan berasal dari China, Asia Barat
dan India. Artifak dari China seperti serpihan tembikar berasal dari kerajaan
T’ang dan Sung. Serpihan artifaks dari Asia Barat terdiri daripada jenis
bersepuh dan berwarna dipercayai dari kerajaan Sassaniah bertarikh pada abad
ke-7 dan ke-8. Bukti pada batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (781-1380)
membuktikan bahawa kedatangan Islam ke Kedah Tua dan ke rantau Asia Nusantara.
3) Kerajaan Srivijaya
Srivijaya di Sumatera muncul
sejak abad ke-7 Masihi hingga abad ke-13 Masihi. Srivijaya adalah kerajaan
maritime terulung di Asia Tenggara. Ciri-cirinya ialah:
Ø
Memiliki angkatan tentera laut yang besar dan
bertugas mengawal perdagangan Selat Melaka
Ø
Mempunyai pelabuhan strategic dan tempat
persinggahan kapal diantara India denan China
Ø
Menurut catatan I Tsing pada tahun 671 Masihi,
pelabuhan Srivijaya terkenal kerana mampu menghasilakan kapal besar
Sistem pentadbirannya amat kompleks dimana
pengaruh India wujud. Konsep
beraja berteraskan agama Buddha Mahayana.
Raja menduduki tempat teratas diikuti empat kumpulan anak raja.Di bawah pula
terdapat Parvanda, Datun dan hamba raja adalah golongan yang paling
bawah dalam hierarki pebtadbiran. Setiap orang yang dilantik mesti mengikuti
upacara sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang.
sejarah yang rojeh kedah tua/kalaha. sebagai rujukan.. http://abjadmalaysia.blogspot.com/ terima kasih.
ReplyDelete