· Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang
lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang
tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
·
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada
orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan
sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
· Harta yang paling menguntungkan
ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling
waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah
tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa
yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
No comments:
Post a Comment