Thursday, 17 May 2012

Teori Kedatangan Islam ke Nusantara


1)    Islam datang dari India
       Teori ini di kemukakan oleh Snouck Hurgronje, seorang sejarawan Belanda. Teorinya mengatakan bahawa Islam berkembang ke Nusantara menerusi india iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 Masihi. Snouck Hurgronje berpendapat bahawa hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dan Nusantara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
       Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik , Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai cirri buatan India. Daripada penemuan itu mereka membuat kesimpulan bahawa islam telah disebarkan ke Nusantara oleh pedagang India Islam. Pada peringkat awal. penyebaran terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang. Kemudian dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang di anuti oleh sebahagian besar masyarakat Nusantara.

2)    Islam datang dari China
       Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi. Emanuel Gadinho Eredia memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton di China selatan (Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan pedagang. Pedagang China Islam yang berdagang ke Nusantara telah menyebarkan Islam kepada masyarakat setempat di Asia Tenggara.
       S.Q Fatimi mengemukakan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Nusantara pada sekitar tahun 876 Masihi. Pendapat ini diperkukuh lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.
       Pendapat yang mengatakan bahawa Islam datang dari China diperkukuh lagi dengan terdapatnya persamaan unsure seni bina di China dengan unsure seni bina di China dengan unsure seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa. Di Melaka, unsure seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk rumah ibadah China (pagoda).

3)           Islam datang dari Arab
       Teori ini dikemukakan oleh John Crawford yang menyatakan Islam datang dari Arab  dan berkembang ke Nusantara. Teori ini disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang intelektual tempatan. Pedagang Arab  menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi. Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Nusantara khasnya pelabuhan di Selat Melaka.
       Kebanyakan pedagang Arab telah menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan malah mendirikan perkampungan dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kehidupan dan kegiatan pedagang arab ini terdapat dalam catatan China yang mengatakan bahawa sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi.
       Antara hujah-hujah oleh Professor Syed Muhammad Naquib al-Atas ialah:
Ø  Wujudnya bahan penulisan yang sama diantara Nusantara dan Aran
Ø  Adat Resam dan kebudayaan melayu banyak dipengaruhi Arab seperti gambus.
Ø  Karya-karya tempatan seperti Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa pengislaman raja di Nusantara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab


No comments:

Post a Comment