Thursday, 17 May 2012

Sekolah Vernakular

Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855,
iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ciri-ciri Sekolah Vernakular Melayu ialah subjek yang diajar adalah seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani, Latihan Congak dan Ilmu Alam. Pada awal kueun ke-20 subjek seperti Pekebunan, Anyaman dan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) ditambah dalam kurikulum.
Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu pada sessi pagi matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional diajar di sekolah ini.
Manakala pada sessi petang matapelajaran seperti Bahasa Arab dan al-Qur'an pula diajar oleh para guru. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan MPPM di Melaka pada tahun 1935.
Sekolah Vernakular China
Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Kurikulum adalah berdasarkan kepada klasik Cina iaitu Teks Confius. Matapelajaran yang diajar adalah seperti Hafal Klasik Lama, Kaligrafi, dan Ilmu Kira-kira dengan abacus. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. Contoh sekolah vernalular Cina ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan  SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
      Kemudian pada awal 20-an ditambah subjek Sejarah, ilmu alam, sains, Moral, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Menyanyi dan latihan Jasmani. Melalui Enakmen pendaftaran Sekolah Cina 1920, pengarah pelajaran mempunyai kuasa menutup sekolah yang tidak mengikut kurikulum yang ditetapkan British, menyelia semua guru dan dan sekolah cina yang berdafter di bawah enakmen ini di beri bantuan kewanagn oleh British.
Sekolah Vernakular India 
 Sekolah Vernakular India ditubuhkan di Penang  Free School, pada tahun 1816. Ianya tertumpu kepada anak-anak buruh-buruh India yang bekerja di ladang getah, kelapa dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Sekolah Vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dan buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1902, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
Kanak-kanak dalam umur persekolahan iaitu 7-14 tahun dikehendaki bersekolah. 3 jenis sekolah ini ialah sekolah yang dibiayai oleh kerajaan, oleh majikan dan komuniti India tempatan.

No comments:

Post a Comment