Thursday, 17 May 2012

Educere vs Educare

Educere
Maksud Didikan (educere) adalah tentang komponen akliah atau intelek. Matlamat didikan adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana dan rasional dan pembinaan jiwa manusia yang murni.

Konsep Educere
Antara Konsep didikan (educere) adalah erti educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau `to lead out`. Ini bermaksud pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization) tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha Pencipta.

Ciri-ciri Educere
Proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran
untuk pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for the sake of learning). Bagi didikan hasilnya tidak dapat dilihat secara eksplisit tetapi implisit. Proses pendidikan adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadan. Bersifat normatif, konsepnya lebih ideal dan menyeluruh tentang manusia terdidik.
·         Bukan bersifat Instrumental dan didikan mengutamakan Child Centred ataupun
pemusatan individu. Pendidikan adalah sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan.

Contoh aktiviti harian
Ø  seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, di samping guru juga akan mengajar perkara lain yang dapat membantu perkembangan murid sebagai seorang individu.



Educare   
Maksud latihan (educare) adalah berfokus kepada geraklaku perbuatan. Matlamat bagi
latihan (educare) pula bertumpu kepada pembentukan kemahiran motor atau gerakan misalnya apabila melakukan sebarang kerja atau aktiviti.
Konsep Educare
Konsep latihan (educare) pula bermaksud ` to train` mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Didikan mengutamakan pendekatan child-centred – pemusatan individu. Berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi taraf manusia, Bersifat bukan istrumental dan bermatlamat implisit. Pendidikan adalah sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. “Education is not to be but is being “ –pendidikan ialah menjadi terdidik.
Ciri-ciri educare
                   Berteraskan kandungan dan menganggapkan manusia sebagai `tin kosong` yang perlu diisi dengan berbagai pengetahuan sama ada releven atau tidak. Pembelajaran pelbagai perkara penting atas alasan dirasakan penting untuk dipelajari. Bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapat sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik.
Pendidikan itu semestinya releven dan pragmatik demi kemandrian (survival)
manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagi latihan hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai, tertakluk kepada batas masa dan tempat. Bersifat tidak normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.
Contoh aktiviti harian
Seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan semata-mata
untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan, maka boleh dikatakan bahawa guru tersebut telah mengajar semata-mata dari segi educare.

No comments:

Post a Comment